Starter Kit 21 Days

Product Code : 009
Stock Availability : 95
Price : RM390.00
Ex Tax RM390.00
Rating:
Based on 0 reviews.
Based on 0 reviews.
:
- OR -

Kit Permulaan 7 Hari atau Starter Kit 7 Days diperkenalkan kepada mereka yang ingin mencuba produk kami dan melihat keberkesanan produk tersebut selama tujuh hari. Set permulaan ini mengandungi Spray Aura, Garam Aroma Himalaya, Sabun Aura dan Kopi X Power Cafe.

Spray Aura

Penyembur Pembersih Kristal Aura direka khusus untuk membersih, menyeimbang dan mengecas semula aura anda. Produk ini diyakini dapat menghapuskan energi negatif dan perasaan yang tidak selesa, sebaliknya mampu mencipta suasana persekitaran yang harmoni, nyaman, positif dan menyegarkan. Penggunaan penyembur bercirikan air ini juga adalah signifikan bagi situasi yang memerlukan ketenangan dan konsentrasi minda kerana ia mampu menghidup dan menguatkan energi-bio dalam sistem tubuh badan anda. Kombinasi inilah yang akan bertindak untuk menghasilkan rawatan yang hebat pada minda, fizikal, spiritual dan aura.

 

Cara Penggunaan:

 

Semburkan di sekeliling bahagian kepala dan tubuh badan anda. Semburan ini boleh digunakan 1 atau 2 kali sehari atau pada bila-bila masa sahaja yang diperlukan. Perlu kekalkan keseimbangan aura agar elemen positiviti melingkari kehidupan anda.

Garam Aroma Himalaya

Garam Aroma Himalaya atau Himalayan Aroma Salt (HAS) mengandungi 84 sumber mineral yang digunakan untuk membersih dan meningkatkan penghasilan Aura. Mandian garam ini adalah disyorkan untuk menyerap energi negatif selain memperkuatkan sistem imunisasi yang akan terhasil melalui proses detoksifikasi. Ini berlaku apabila mineral berupa ion menyerap ke dalam lapisan kulit.dan menyeimbangkan energi-bio agar peredaran energi dapat diaktifkan.

 

Cara Penggunaan:

 

Campurkan 4 sudu HAS ke dalam baldi atau 10 sudu ke dalam tab mandian yang mengandungi air suam. Jadikan larutan ini sebagai bilasan terakhir atau untuk mandian rendaman. Tubuh badan anda tidak perlu dibilas dengan air, cukup hanya dikeringkan menggunakan tuala. Gunakan mandian garam ini secara kerap dan konsisten untuk menghasilkan keseimbangan Aura dalam tempoh yang lebih optima kerana kandungan energi yang diserapkan oleh mandian aroma ini adalah dalam jumlah yang cukup banyak.

Sabun Aura

Sabun Garam Aura atau Aura Cleansing Soap (ACS) dirumus khas untuk membersih dan menyucikan tubuh badan agar penghasilan aura seseorang akan lebih terserlah. Produk ini mengandungi elemen penyejuk yang pastinya menyegarkan, merawat minda dan memperbaharui energi supaya proses penghasilan aura dapat berlaku dalam tempoh yang lebih optimum. Ia sesuai untuk dijadikan sebagai produk harian atau sebagai terapi minda pada bila-bila masa sahaja yang diperlukan. Penggunaan aroma dalam penghasilan ACS juga adalah sesuai untuk mengembalikan ketenangan dan positiviti setelah menghadapi hari yang memenatkan.

 

Cara Penggunaan:

 

Sapukan ACS ke seluruh tubuh badan anda dan biarkan selama 3 minit. Bilas dengan air yang secukupnya dan anda akan mendapati hasil kulit yang bukan sahaja lembap, bersih dan lebih segar malah tidak meninggalkan sebarang rasa melekit.

Kopi X Power Cafe

Merupakan kopi campuran khas yang mengandungi pelbagai herba berkhasiat termasuklah Kopi Arabica yang berkualiti tinggi iaitu sebagai bahan asas utama. Antara herba yang digunapakai ialah Beri Merah, Mengkudu, Kayu Manis, Habbatus Sauda, Kulit Manggis serta beberapa herba berkhasiat tinggi yang lain. Dengan aroma yang harum serta kandungan khasiat yang tinggi, kopi ini akan membekalkan tenaga dan kecergasan untuk memastikan anda kekal aktif sepanjang hari.

Leave a Review

Note: HTML is not translated.
Bad Good